Sunday 22 February 2015

DEMAM GONG XI FA CHAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Tahun Baru China semua cuti dan kedai tutup....kenapa kita orang Melayu Muslim tidak ambil peluang berniaga semasa cuti Raya China....Kita hanya pandai bercakap tapi tak buat....Melayu Raya kita cuti, India Deepavali kita Melayu cuti, China Raya kita Melayu cuti, Krismas Raya kita Melayu cuti dan apa sahaja ada cuti mesti ada aje Melayu cuti dan balik kampung.... Kita orang Melayu Muslim tak mahu ambil peluang berniaga semasa kaum lain bercuti...Dengan membuka kedai atau berniaga baru dapat kita perkenalkan produk kita di pasaran... Jangan kita harapkan bangsa lain sahaja berniaga di tanah tumpah darah kita untuk bangsa kita orang Muslim....Betul2 sedih bila kita asyik menyalahkan bangsa lain tidak buka kedai atau pasaraya, worskhop,hardware,restoran dan sebagainya bagi memenuhi keperluan harian kita... Contoh...Nak cari satu kedai hardware buka...satu pun tak buka...walaupun ada dua tiga kerat kedai hardware atau workshop milik Bumiputra tapi itu pun sama2 ambil peluang bercuti....GONG XI FA CHAI

Pembeli sebenarnya lebih kurang 65% orang Melayu Muslim tapi kenapa kita tidak boleh pegang ekonomi di negara sendiri...Kita orang Muslim suka jadi pembeli daripada jadi penjual....Buka lah minda dan tanamlah sikap berniaga seperti bangsa lain...Walaupum kita rasa dah terlambat tapi dengan kita mendidik anak2 kita supaya cintakan Produk Muslim maka kita akan dapat mencapai matlamat untuk jadi pengeluar, walaupun tak banyak tapi kita dapat kurangkan kuasa pengguna Produk bukan Muslim  kepada Produk Muslim.  Dengan ini ramai lah akan lahir Pengeluar/Pembekal/Pengedar dan Pemborong Produk Muslim di negara kita Malaysia.

Pertubuhan Usahawan Halal Muslim Malaysia (PUHMM)- PPM-001-10-28122013

Agenda kami:-

1- Mengumpulkan produk2di kalangan pengeluar produk dan perbagai perkhidmatan Muslim untuk orang Muslim dan juga menaikkan taraf ekonomi umat Islam khususnya dan juga bersama-sama membina dalam penyatuan ummah di platform Puhmm

2-Memberi penerangan tentang konsep Puhmm dan plan gerak kerja untuk meluasakan pasaran produk2 muslim di dalam megara hingga keperingkat global melalui jaringan luar negara.

Dapatkan kupon RM10.00 untuk menghadiri Pra -Seminar yang berdekatan dengan lokasi berhampiran dengan anda.

Sila hubungi  kak cik/Agen - 0192195589

No comments:

Post a Comment